PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS) adalah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT khususnya bagi pelajar yang menuntut di sekolah luar bandar. Setiap sekolah yang layak telah diberikan 10 buah unit komputer beserta kemudahan internet secara percuma.